UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA
KAMPUS ARAU, PERLIS
TAJUK
MASJID KHAIRUL JAMEK, TAMAN AMAN
DISEDIAKAN UNTUK
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 151
DISEDIAKAN OLEH
NOOR FATIN SHAMIMI BT IBRAHIM
2010483632
ASD2Fn
PROGRAM
DIPLOMA SAINS (AS120)
TARIKH HANTAR
27 FEBRUARI 2011
ISI KANDUNGAN BLOG
1. Isi kandungan
2. Penghargaan
3. Abstrak
4. Pendahuluan
5. Pengertian masjis
6. Sejarah penubuhan
7. Peranan
8. Masalah & penyelesaian
9. Aktiviti masjid
10. Penutup
11. Bibliografi
PENGHARGAAN
Syukur kepada Allah S.W.T. kerana member petunjuk dan kekuatan untuk menyiapkan kertas kerja CTU 151 yang mengenai Masjid Khairul Jamek ini.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Aziz bin Harjin iaitu pensyarah CTU 151 kerana telah banyak menberi tunjuk ajar serta teguran yang membina sepanjang melakukan tugasan ini. Beliau juga telah membuat penilaian terhadap kertas kerja ini sepanjang proses penghasilahnya.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada AJK Masjid ini kerana telah bnyak membantu saya dalam menjalankan tugasan ini. Disamping itu, ucapan terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga kepada ibubapa saya kerana telah bertungkus lumus membantu saya mencari bahan semasa menjalankan kajian tentang masjid ini.
Tambahan pula, terima kasih kepada keluarga Sti Juriah bt Ahmad, iaitu jiran saya kerana membenarkan saya menggunakan gambar pernikahannya sebagai gambar aktiviti masjid ini.
Terima kasih.
ABSTRAK
Penyatu umat islam Taman Aman adalah penulisan mengenai sebuah masjid iaitu Masjid Khairul Jamek yang terletak di kawasan perumahan Taman Aman, Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Oleh kerana majoriti penduduk taman perumahan ini adalah orang islam, jadi, masjid ini telah menjadi penyatu dan tempat berkumpul antara umat-umat islam di kawasan ini. Masjid ini mempunyai reka bentuk yang ringkas namun masjid ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Sebab utama sejarah serta identiti masjid ini dikongsi ialah kerana ia adalah masjid yang sangat bermaksa bagi penduduk di Taman Aman. Penemuan yang didapati hasil daripada kajian ini adalah ikatan silaturrahim sesama umat islam di kawasan ini semakin kuat serta meningkatkan pengetahuan tentang islam dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Masjid tersebut.
PENDAHULUAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. yang maha agung.
Tujuan saya menulis tentang masjid ini adalah untuk memperkenalkan Masjid Khairul Jamek ini kepada semua umat islam supaya mereka mengetahui tentang kewujudan masjid yang sangat bermakna bagi setiap umat islam di kawasan Taman Aman, Anak Bukit, Alor Star, Kedah.
Bidang dan skop penulisan yang saya telah pilih ialah tentang sejarah, aktiviti masjid dan masalah yang dihadapi oleh masjid serta penyelesaiannya.
Harapan saya adalah semua pembaca blog ini mengetahui kewujudan masjid ini dan kelebihan yang terdapat pada masjid ini. Walaupun ianya masjid yang kecil, namun, masjid ini telah melahirkan ramai orang-orang yang telah berjaya dalam bidang keagamaan.
Kesimpulannya, masjid ini adalah masjid yang terbaik bagi saya. Dan saya yakin, semua penduduk kawasan taman aman ini juga berbangga terhadap Masjid Khairul Jamek Taman Aman ini.
PENGERTIAN MASJID
DARI SEGI BAHASA
Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.
DARI SEGI ISTILAH
Masjid dari segi istilah bermaksud sebuah bangunan. Bangunan tersebut didirikan atau digunakan bagi mengadakan sembahyang, perkhidmatan dan lain-lain upacara yang berkaitan dengan agama islam. Masjid (مسجد) juga ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.
SEJARAH MASJID DALAM TEMPOH PERKEMBANGAN ISLAM
MASJID PERTAMA DALAM PERKEMBANGAN ISLAM
Ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin. Saat ini, Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga masjid tersuci di dunia.SEJARAH MENUBUHAN MASJID-MASJID PERTAMA DI NEGARA-NEGARA BESAR
Penyebaran masjidMasjid kemudian dibangun di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu negara Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Maka dari itu, Kaherah digelar sebagai kota seribu menara.Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit.Masjid di Sisilia dan Sepanyol tidak menirukan reka bentuk Visigoth, tetapi menirukan reka bentuk bangsa Moor.Para ilmuwan kemudian memperkirakan bahwa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk reka bentuk Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.
Masjid pertama di China berdiri pada abad ke 8 Masehi di Xi'an. Masjid Raya Xi'an, yang terakhir kali di diubah pada abad ke 18 Masehi, mengikuti seni bina Cina. Masjid di bagian barat Cina seperti di daerah Xinjiang, mengikuti seni bina Arab, dimana di masjid terdapat kubah dan menara. Sedangkan, di timur Cina, seperti di daerah Beijing, mengandung seni bina Cina.
Masjid mulai masuk di daerah India pada abad ke 16 semasa kerajaan Mughal berkuasa. Masjid di India mempunyai ciri ciri seni bina masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.
Masjid pertama kali didirikan di Kesultanan Uthmaniyyah pada abad ke-11 Masihi, dimana pada saat itu orang-orang Turki mulai masuk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki adalah Aya Sofya(Hagia Sophia), dimana pada zaman Byzantium, bangunan Aya Sofya merupakan sebuah katedral.
Kesultanan Uthmaniyah memiliki karakteristik seni bina masjid yang unik, terdiri dari kubah yang besar, menara dan bagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Usmaniyah biasanya mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara shaf-shaf, dan langit-langit yang tinggi, juga dengan menggabungkan mihrab dalam satu masjid.Sampai saat ini, Turki merupakan rumah dari masjid yang berciri khas seni bina Uthmaniyyah.
Secara bertahap, masjid masuk ke beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan jumlah masjid secara pesat mulai terlihat seabad yang lalu, ketika banyak penghijrah Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah, seperti Munich, London dan Paris memilki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah sesak sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walaupun begitu, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut ditinggali oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak.
Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke 20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Serikat adalah di daerah Cedar Rapids, Iowa yang dibangun pada kurun akhir 1920an. Bagaimanapun, semakin banyak penghijrah Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Dimana jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% dari jumlah masjid di Amerika Syarikat, pada tahun 1980, 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat didirikan.
PERUBAHAN DARI SURAU KEPADA MASJID
Masjid ini mula ditubuhkan pada tahun 1988 serentak dengan penubuhan Taman Aman. Pada mulanya, masjid ini hanyalah sebuah surau kecil yang menjadi tempat penduduk Taman Aman beribadah dan menunaikan solat berjemaah. Setelah beberapa tahun, jumlah penduduk di taman aman pun semakin bertambah, dan surau Taman Aman telah diubah suai dan keluasan suarau ini ditambah. Hasil daripada kerjasama penduduk Taman Aman dan badan kebajikan surau, sebuah tabika KEMAS telah dibina untuk kanak-kanak di kawasan ini. Pada tahun 2008, surau Taman Aman telah dinaiktarafkan sebagai masjid dan diberi nama Masjid Khairul Jamek. Walaupun masjid ini telah dinaiktarafkan, namun, masjid ini tidak melakukan solat jumaat.
REKA BENTUK MASJID
Menara Masjid
Bentuk umum dari sebuah masjid adalah keberadaan menara masjid. Menara di masjid biasanya tinggi dan berada di bagian pojok dari kompleks masjid. Menara masjid tertinggi di dunia berada di Masjid Hassan II, Casablanca, Maghribi.
Masjid-masjid pada zaman Nabi Muhammad tidak memiliki menara, dan hal ini mulai diterapkan oleh pengikut ajaran Wahabiyyah, yang melarang pembangunan menara dan menganggap menara tidak penting dalam kompleks masjid. Menara pertama kali dibangun di Basra pada tahun 665 sewaktu pemerintahan khalifah Bani Umayyah, Muawiyah I. Muawiyah mendukung pembangunan menara masjid untuk menyaingi menara-menara loceng di gereja. Menara bertujuan sebagai tempat muazin mengumandangkan azan.
Kubah masjid
Kubah juga merupakan salah satu ciri khas dari sebuah masjid. Seiring waktu, kubah diperluas menjadi sama luas dengan tempat ibadah di bawahnya. Walaupun kebanyakan kubah memakai bentuk setengah bulat, masjid-masjid di daerah India dan Pakistan memakai kubah berbentuk bawang.
Tempat ibadah
Tempat ibadah atau ruang solat, tidak diberikan meja, atau kerusi, sehingga memungkinkan para jamaah untuk mengisi shaf atau barisan-barisan yang ada di dalam ruang shalat. Bahagian ruang solat biasanya diberi kaligrafi dari potongan ayat Al-Quran untuk memperlihatkan keindahan agama Islam serta Al-Qur'an. Ruang shalat mengarah ke arah Ka'bah, sebagai kiblat umat Islam. Di masjid juga terdapat mihrab dan mimbar. Mihrab adalah tempat imam memimpin solat, sedangkan mimbar adalah tempat khatib menyampaikan khutbah.
Tempat wudhu
Dalam kompleks masjid, di dekat ruang solat, tersedia ruang untuk menyucikan diri, atau biasa disebut tempat wudhu. Di beberapa masjid kecil, kamar mandi digunakan sebagai tempat untuk berwudhu. Sedangkan di masjid tradisional, tempat wudhu biasanya sedikit terpisah dari bangunan masjid.
REKA BENTUK MASJID KHAIRUL JAMEK
Masjid Khairul Jamek ini adalah sebuah masjid yang sangat ringkas terutamanya pada reka bentuk masjid itu tersendiri. Masjid ini mempunyai kubah yang sama seperti masjid-masjid lain. Namun, masjid ini tidak mempunyai menara masjid. Tempat solat masjid ini agak kecil sehinggakan menukarkan penduduk semasa menunaikan solat sunat aidilfitri dan aidiladha. Terdapat segelintir penduduk yang terpaksa solat jemaah di luar.
PENTADBIRAN MASJID
Tugas atau tanggungjawab utama pemimpin adalah untuk memandu arah organisasi atau institusi yang diketuainya. Beliau juga bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan institusi tersebut pada setiap ketika. Pemimpin yang berkesan berjaya membawa perubahan kepada organisai yang diketuai. Begitu juga dengan institusi masjid yang sudah lama bertapak dalam masyarakat. Malang sekali ada di antara institusi tersebut tidak berperanan sebagaimana yang sepatutnya. Pemimpin yang diberi tanggungjawab mentadbir urusan masjid perlu mengambil langkah-langkah berikut supaya matlamat pembinaan masjid tercapai serta fungsinya dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:a. Perancangan Aktiviti
Kejayaan pentadbiran dan pengurusan sesebuah masjid biasanya diukur dengan sejauh mana ia berjaya mengadakan program dan aktiviti pengimarahan masjid. Semua aktiviti pengimarahan masjid perlu dibuat perancangan tahunan secara terperinci. Anggaran bajet perlu disesuaikan dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Aktiviti masjid dibuat berdasarkan latar belakang masyarakat setempat dengan mengambil kira kumpulan sasaran tertentu. Melalui perancangan tersebut dapat mengelakkan pertindihan aktiviti dengan surau-surau berdekatan atau kemudahan untuk mendapatkan penceramah berkualiti.
b. Penyelanggaraan, Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan Masjid
Kebersihan dan keceriaan masjid akan menggambarkan kecekapan pengurusan dan pantadbiran sesebuah masjid. Kebersihan adalah sesuatu yang amat diberi keutamaan oleh Islam. Oleh itu, dalam konteks sebuah masjid, tandas mesti sentiasa bersih, rumput dipotong dan pokok dicantas, sampah sarap dibuang, ruang sembahyang perlu bersih, cermin tingkap tidak berhabuk, lantai kemas dan bersih, pokok-pokok bunga ditanam dengan kemas dan teratur, sistem lampu dan pembesar suara berfungsi dengan baik serta keselamatan jemaah dan barang-barang mereka terjamin selamat. Oleh itu pekerja-pekerja masjid perlu disediakan jadual bertugas bagi menentukan semua kemudahan dan peralatan masjid serta persekitarannya sentiasa kemas dan bersih. Harta masjid juga perlu disimpan dengan selamat serta disediakan senarai inventori barang-barang berkenaan.
c. Peningkatan Pengurusan Masjid
Mereka yang diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid adalah terdiri daripada mereka yang berwibawa iaitu mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas tersebut. Tahap kelulusan dan pengalaman merupakan antara kriteria utama yang diambilkira. Selain dari itu, mereka juga mestilah terdiri daripada golongan yang cintakan ilmu pengetahuan serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dari semasa ke semasa. Selain dari perkara yang di-nyatakan di atas, pegawai dan ahli Jawatankuasa masjid perlu didedahkan dengan aspek pengurusan semasa berkaitan dengan pengurusan mesyuarat, pengurusan kewangan, kaunseling dan sebagainya. Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran tersebut mereka akan mampu melaksanakan tugas dengan sistematik dan berkesan.
d. Memantapkan Struktur Organisasi Masjid
Struktur organisasi pentadbiran masjid perlu disusun dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan masa. Bagi memastikan keberkesanan pentadbiran, Jawatankuasa kariah masjid bolehlah membentuk Jawatankuasa kecil atau biro-biro seperti berikut-
i. Biro Dakwah/Pendidikan
ii. Biro Pembangunan
iii. Biro Kewangan
iv. Biro Kebajikan
v. Biro Amar Makruf Nahi Mungkar
vi. Biro Kebersihan dan Keselamatan
vii. Biro Hal Ehwal Belia
viii. Biro Hal Ehwal Muslimat
PENTADBIRAN MASJID KHAIRUL JAMEK
Oleh kerana masjid ini hanyalah sebuah msajid kecil, jadi, pentadbirannya juga tidaklah terlalu ‘complicated’. Badan yang bertanggungjawab menubuhkan masjid ini ialah pemaju taman perumahan ini sendiri iaitu Syarikat Aima Sdn. Bhd.
Carta organisasi masjid:
a) Imam/pengerusi : Hj. Ahmad b. Mat Isa
b) Timbalan pengerusi : Hj. Abd halim Alias
c) Setiausaha : Hj. Yusuf bin Osman
d) Bendahari : Hj. Zainon bin Kasa
e) Ahli jawatankuasa :
i. Hj Ahmad b. Wahab
ii. Mazlan b. Harun
iii. Hassan b. Ibrahim
iv. Masri b. Hasan
v. Hj. Ishak b. ismail
vi. Azizan b. aziz
AKTIVITI MASJID
Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan untuk menimarahkan masjid ini. Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah:
Aktiviti mingguan:
i. Kuliah fardhu ain
· Hari : selasa
· Masa : selepas solat
· Tempat : Dewan serbaguna penduduk Taman Aman
ii. Bacaan yasin
· Hari : khamis
· Masa : selapas solat isyak
· Tempat : masjid Taman Aman
iii. Qiyamullail
· Hari : khamis malam jumaat
· Tempat : Masjid Taman Aman
Aktiviti umum :
i. Kursus pengurusan jenazah
ii. Korban
iii. Upacara akad nikah
iv. Tadarus al-quran
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MASJID DAN PENYELESAIANNYA
1. Ruangan solat tidak mencukupi sehingga jemaah wanita terpaksa solat di luar ketika solat tarawih, solat sunat aidilfitri dan solat sunat aidiladha.
Penyelesaiannya:
a) Tempat solat masjid diperluaskan untuk keselesaan jemaah.
2. Ruang wuduk yng tidak mencukupi.
· Ruang wuduk diperbesarkan dan ditambah pili-pili air di sekeliling ruang wuduk
PENUTUP
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi. Begitu juga dengan masjid Taman Aman ini, ia telah menjadi tempat dimana penduduk Taman Aman mngerjakan ibadah, berbincang mengenai agama, dan mempelajari ilmu agama. Dengan adanya aktiviti-aktiviti, kemudahan dan juga ahli-ahli jawatankuasa masjid yang telah banyak mengimarahkan masjid ini, silaturrahim antara penduduk-penduduk taman ini menjadi semakin utuh dan keamanan di kawasan ini dapat dipelihara.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi. Begitu juga dengan masjid Taman Aman ini, ia telah menjadi tempat dimana penduduk Taman Aman mngerjakan ibadah, berbincang mengenai agama, dan mempelajari ilmu agama. Dengan adanya aktiviti-aktiviti, kemudahan dan juga ahli-ahli jawatankuasa masjid yang telah banyak mengimarahkan masjid ini, silaturrahim antara penduduk-penduduk taman ini menjadi semakin utuh dan keamanan di kawasan ini dapat dipelihara.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MASJID